4.28.2014

Lirih

langit dan mata ini adalah
tanah dan pipi basah
tetapi tak genang
tak jua hilang
rasa dan rumput ini adalah
sayu dan layu rebah
tetapi tak patah
tak jua sudah


4.14.2014

Dalam Aksara

dalam aksara
muaraku segala
dari kesenyapan
atau keramaian

dalam aksara
sisaku segala
selepas hilang
berpulang

dalam aksara
kutitipkan segala

4.06.2014

Cinta Cinta

selama lamanya jarak ianya tak berkerat
sejauh jauhnya waktu ianya tak bersekat
lamapun ianya pekat
jauhpun ianya lekat
(mari melihat-lihat)
sesirat sifat
marifat